Sesi Penerangan Geran Aktiviti Jalinan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Penerangan Geran Aktiviti Jalinan Alumni

Sesi Penerangan Geran Aktiviti Jalinan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan



13 Oktober 2021, Serdang - Satu perjumpaan bagi sesi penerangan mengenai Geran Aktiviti Jalinan Alumni (GAJA) telah diadakan secara dalam talian. Perjumpaan ini telah pun berlangsung pada 4 hingga 8 Oktober 2021 yang lepas. 

Keseluruhan kelab dan persatuan yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) adalah sebanyak 75 kelab dan persatuan. Daripada jumlah itu, seramai 55 wakil presiden dan pengurusan tertinggi yang hadir bagi sesi penerangan dan taklimat tersebut. 

Antara yang hadir adalah Kelab Penyayang, Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar, Kelab Cak Lempong, Kelab Scuba UPM dan ramai lagi. 

Sepanjang empat hari taklimat ini dijalankan, kesemua kluster yang membabitkan fakulti, kelab dan persatuan dibahagikan mengikut sesi yang telah ditetapkan. Mereka ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dari jam 10 hingga 11 pagi manakala petang bermula dari jam 3 hingga 4 petang. 

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada presiden lantikan baharu mengenai kewujudan geran yang disediakan oleh Pusat Perhubungan Alumni. Langkah ini juga merupakan satu inisiatif dalam mempromosikan geran seterusnya dapat mengagihkan geran secara purata kepada kelab dan persatuan yang bersedia untuk menggunakan geran tersebut.

Selain daripada sesi penerangan, perjumpaan ini juga bertujuan untuk mendapat maklumat sekiranya ada kekangan yang di hadapi oleh pihak kelab dan persatuan untuk diberi perhatian oleh pihak ARCUPM, seterusnya mempelbagaikan kaedah serta melakukan penambahbaikkan pada hebahan dan kegunaan geran dalam kalangan pelajar dan fakulti UPM.

Jumlah yang diperuntukkan untuk setiap persatuan dan kelab yang akan menjalankan aktiviti adalah sebanyak RM500. Peruntukkan ini adalah untuk menampung kos dalam penyediaan cenderahati ataupun kos logistik bagi menjalankan aktiviti di bawah persatuan ataupun kelab. 

Secara kesimpulannya, antara matlamat lain yang ingin dicapai menerusi program ini adalah penganjuran kerjasama antara ARCUPM bersama persatuan dan kelab di UPM, menjadikan program ini satu landasan keada para alumni untuk kembali menyumbang kepada alma mater dan akhir sekali dapat menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara alumni UPM dengan pihak universiti.



Tarikh Input: 08/11/2021 | Kemaskini: 03/02/2023 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdIA3~