Sesi Penanda Aras Bersama Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Penanda Aras bersama Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sesi Penanda Aras bersama Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM)

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari 

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

 

SERDANG, 29 Januari - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) atas kesudian menerima sesi penanda aras antara ARCUPM dan Pusat Alumni UUM.

Sesi penanda aras yang berlangsung secara atas talian ini bertujuan berkongsi dan bertukar idea pengurusan organisasi antara Pusat Alumni UUM dan ARCUPM. Pengurusan data maklumat dan aktiviti yang melibatkan alumni antara yang perlu diambil berat dalam memastikan hubungan antara alumni dan alma mater berterusan. 

Alumni merupakan pemegang taruh terbesar dalam universiti tidak kira Universiti Awam mahupun Universiti Swasta. Keterlibatan alumni akan memberi impak yang cukup besar dalam universiti terus membawa dasar serta misi dan visi universiti ke arah kecemerlangan. 

Usaha membawa ‘pulang’ alumni ke universiti perlu dilakukan dan entiti yang paling dekat dengan alumni adalah pusat tanggungjawab yang berpusat mengenai hal ehwal alumni dan pelajar. 

Menyedari hal itu, ARCUPM selaku entiti yang sentiasa menjadi ‘jambatan’ penghubung antara alumni, universiti dan pelajar, sentiasa berusaha menambahbaik jaringan dan perkhidmatan agar alumni tidak kekok untuk kembali ke ‘rumah’ mereka. 

Sesi penanda aras ini telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Alumni UUM Ybhg. Prof. Madya Dr. Lily Julienta Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Encik Halim Md Yatim dan staf, manakala ARCUPM pula dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Aida Fitri Peli dan staf.  

Semoga dengan pengisian dalam sesi ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan pencapaian yang lebih baik dalam pengurusan organisasi dan alumni pada masa akan datang. Sekali lagi ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pusat Alumni UUM atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman.

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 09/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdAAv~