Serdang, 14 Mei 2025, Pusat Perhubungan Alumni UPM telah menganjurkan satu sesi libat urus melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan pelaksanaan dan penambahbaikan Tabung Amanah Endowmen Berpusat UPM. Sesi ini bertujuan memastikan pengurusan dana endowmen universiti dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mampan.

Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad ini turut disertai oleh wakil Bahagian Endowmen, Encik Abdul Muhaimin Zakaria, Cik Nurul Aliyah Azman dan Encik Muhammad Izzudin Rosli; wakil Bahagian Bursar, Puan Siti Amira Shukor dan Hajah Izariahwati Mohd Isa; serta wakil dari Bahagian Governan dan Integriti, Puan Syazaliyana Samsudin.

Perbincangan tertumpu kepada aspek penambahbaikan struktur tadbir urus, mekanisme kutipan dan agihan dana yang lebih efektif, serta pengukuhan nilai amanah dan integriti dalam pengurusan endowmen. Inisiatif ini diharap dapat mengoptimumkan manfaat dana demi menyokong kecemerlangan akademik dan kesejahteraan komuniti kampus.
Tarikh Input: 29/05/2025 | Kemaskini: 29/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor