Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 4 Julai - Satu Sesi Dialog bersama Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBrs. Encik Mohamad Sabrie Mohamad Salleh telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Warisan Budi Putra, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah ARCUPM dan turut dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Encik Abdullah Arshad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Puan Noraihan Nordin dan pegawai ARCUPM.
Sesi dialog pada hari ini menjurus kepada cara untuk merapatkan jurang antara alumni dan alumni, alumni dan pelajar dan juga membincang dan mencambahkan lagi idea untuk terus memperkasakan alumni.
Encik Mohamad Sabrie Mohamad Salleh selaku Ahli Lembaga Pengarah Universiti UPM (LPU) turut melontarkan idea-idea bernas untuk diperhalusi dan seteruskan bertindak atas dengan strategi yang mampan untuk membuahkan hasil kejayaan untuk manfaat semua warga UPM terutama para pelajar UPM.
ARCUPM selaku entiti perhubungan antara alumni dan universiti sentiasa menyambut baik lontaran idea untuk melestarikan alumni UPM dengan semangat Alumni UPM Berilmu Berbakti.

Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor