Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 31 Oktober - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan sesi pertemuan bersama Sidang Editorial Majalah Alumni Serdang Sun bagi membincangkan hala tuju dan kandungan penerbitan bagi Isu ke-26 Tahun 2025.

Sesi ini berlangsung dalam suasana penuh idea dan perbincangan konstruktif, dengan tumpuan kepada penambahbaikan kandungan majalah yang berperanan penting dalam menonjolkan pencapaian, inspirasi, dan sumbangan alumni UPM kepada universiti serta masyarakat.
ARCUPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Alvin Lim Teik Zheng dan Dr. Ahmad Mustapha Mohamad Pazi atas kesudian mereka meluangkan masa menghadiri sesi perbincangan serta berkongsi pandangan bernas dalam memperkukuh isi kandungan penerbitan kali ini.
Majalah Alumni Serdang Sun terus menjadi medium utama dalam mendokumentasikan perjalanan kejayaan alumni serta memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti.

Secara keseluruhannya, sesi ini bukan sahaja memperkukuh komitmen editorial terhadap penerbitan yang berkualiti, malah memperlihatkan semangat kolaborasi yang tinggi dalam usaha mengangkat martabat alumni UPM di persada nasional dan antarabangsa.
Tarikh Input: 04/11/2025 | Kemaskini: 04/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor