SESI BERAMAH MESRA BERSAMA ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI BERAMAH MESRA BERSAMA ALUMNI

SESI BERAMAH MESRA BERSAMA ALUMNI

Oleh: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) selaku entiti penghubung dan penyebar maklumat para alumni UPM di luar sana sentiasa komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Dalam usaha membawa pulang alumni untuk kembali menyumbang, ARCUPM sentiasa menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang secara langsung membabitkan penglibatan alumni.

Pada 14 Jun 2023 yang lalu, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar menerima kunjungan mesra daripada alumni kelas 2022, Saudara Amzar Khalili Khalid yang juga merupakan Pengurus Cawangan YOSH, MyFundAction di Turkiye. Kunjungan mesra itu bukan sahaja sekadar lawatan ‘bekas pelajar’ kepada alma mater tetapi juga sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara dua hala iaitu ARCUPM dan juga YOSH dan MyFundAction dalam pelbagai aktiviti pada masa hadapan.

Amzar Khalili Khadid, Alumni Kelas 2022 dalam pengajian Bacelor Sains Fizik dan kini menyambung pengajiannya dalam bidang Master in Satelite Communication di Middle East Technical University, Ankara, Turkey. Semasa pengajiannya di UPM saudara Amzar adalah seorang yang aktif dan beliau merupaka Presiden Pertama Kelab Hufaaz UPM bagi sesi 2018/2019.

Pada sesi ramah mesra itu juga, Timbalan Pengarah ARCUPM, turut menitipkan setinggi penghargaan kepada beliau atas usaha dan keterbukaan beliau untuk melakukan lawatan mesra ke ARCUPM dan terus membincangkan program dan aktiviti yang boleh dijalinkan ataupun dilakukan bersama antara ARCUPM, YOSH dan MyFundAction untuk terus membangunkan pelajar, belia dan generasi pelapis negara.

Pusat Perhubungan Alumni mengalu-alukan kepada para alumni UPM di luar sana untuk kembali kepada alma mater dengan idea dan sumbang bakti yang boleh bersama-sama membangunkan para pelajar untuk bersama-sama membawa Universiti tercinta kepada mercu kejayaan bukan sahaja di peringkat lokal malah ke peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcQAA~