Sepak Mula EKSA 2022, Bersama Kearah Perkhidmatan Lebih Cemerlang Dan Suasana Kerja Lebih Sistematik | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sepak Mula EKSA 2022, Bersama Kearah Perkhidmatan Lebih Cemerlang dan Suasana Kerja Lebih Sistematik

Sepak Mula EKSA 2022, Bersama Kearah Perkhidmatan Lebih Cemerlang dan Suasana Kerja Lebih Sistematik

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Terjemahan BI : Siti Nur’Ain Feisal

 

SERDANG, 4 FEB – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah memulakan sesi baharu bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi tahun 2022. Sepak Mula EKSA ini dimulakan dengan pengenalan ahli jawatankuasa baharu dan juga memperkenalkan ketua bagi setiap Zon EKSA di ARCUPM. 

Sesi pengenalan dilakukan di Alumni Townhall yang diketuai oleh Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud selaku Penaug, Encik Fahmi Azar Mistar, Pengerusi EKSA ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, Fasilitator EKSA, Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim Penyelaras EKSA, Cik Aida Fitri Peli, Jawatankuasa Promosi EKSA, Puan Suziana Che Wil, Jawatankausa Latihan EKSA, Puan Sarah Rahim, Jawatankuasa Audit EKSA, Cik Nur’Ain Feisal, Jawatankuasa Zon Mekar dan Encik Muhamad Fudhayl Omar, Jawatankuasa Zon SEBA. 

Menurut Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, EKSA ini hendaklah dihayati dan dipraktikkan oleh semua staf di ARCUPM. Ini adalah satu garis panduan dalam mewujudkan satu suasana kerja yang lebih kondusif dan sistematik.

“Untuk tahun 2022, satu sistem kerja dan ruang kerja yang mencerminkan imej korporat akan dipraktikkan. Ini bersesuaian dengan ARCUPM yang sentiasa berhubung dengan pelbagai latar belakang alumni khasnya.

Imej ini juga menunjukkan kematangan dan kesediaan ARCUPM untuk terus memberi khidmat bakti yang terbaik kepada UPM dan alumni yang merupakan pemegang taruh terbesar untuk sama-sama menggerakkan dan menjayakan misi dan visi Universiti,” akhirinya.

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 17/03/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaIAh~