Penyerahan Sumbangan Al-Quran Daripada Yayasan Ade Azhar Kepada Staf ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penyerahan Sumbangan Al-Quran daripada Yayasan Ade Azhar kepada Staf ARCUPM

Penyerahan Sumbangan Al-Quran daripada Yayasan Ade Azhar kepada Staf ARCUPM

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 4 April - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima sumbangan 20 naskah Al-Quran daripada pihak Yayasan Ade Azhar untuk diagihkan kepada staf ARCUPM. Sumbangan al-Quran ini adalah sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih atas jalinan kerjasama Yayasan Ade Azhar bersama ARCUPM bersempena Program Musaadah 4.0 yang telah dilaksanakan pada 18 dan 21 Mac yang lepas. 

Pada program itu Yayasan Ade Azhar telah berbesar hati menyerahkan sumbangan al-Quran yang mencecah hampir 600 naskah daripada para penginfaq untuk diserahkan kepada komuniti terutama sekolah-sekolah yang memerlukan sekitar Serdang. 

Berkat bulan Ramadan, kesemua amanah yang diserahkan telah berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Tujuh buah sekolah telah menerima manfaat daripada agihan al-Quran yang dijalankan secara dua fasa. 

Menurut En. Fahmi, wakil Yayasan Ade Azhar “Sumbangan naskah ini diberikan kepada warga ARCUPM kerana kami sangat berterima kasih diatas kolaborasi bersama untuk program edaran sumbangan Al-Quran dari penginfaq kepada sekolah-sekolah berdekatan daerah Serdang yang memohon. Kami juga bersyukur program edaran ini telah berjalan dengan lancar dan pihak sekolah juga sangat suka dengan sumbangan Al-Quran yang mereka terima.”

ARCUPM mengalu-alukan apa sahaja bentuk kerjasama dengan komuniti luar terutamanya alumni UPM untuk sama-sama memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan terutamanya warga UPM dan pelajar.

Tarikh Input: 05/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeBAt~