Selamat Datang Pengarah ARCUPM Baharu! | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Selamat Datang Pengarah ARCUPM Baharu!

Selamat Datang Pengarah ARCUPM Baharu!

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 6 April - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menerima Pengarah lantikan baharu yang berkuatkuasa pada 1 April 2024. Lantikan selama tiga tahun ini bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud yang bersara wajib pada 23 Ogos 2023. 

YBhg. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad, merupakan Pengarah wanita kedua selepas Dr. Rohani Ibrahim yang merupakan pengarah pertama ARCUPM bermula pada tahun 1999. Majlis lantikan telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Sadullah di Auditorium Rashdan Baba, di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), bersama lantikan Pusat Perkhidmatan dan Pengetua Kolej Kediaman Kampus Serdang dan Bintulu yang lain. 

Menurut Dr. Aqlima, beliau sedia menggalas tugas dan amanah yang diberikan dalam usaha untuk terus memantapkan hubungan antara alma mater dan alumni UPM. Menurut beliau lagi, apa yang baik diusahakan sebelum ini akan diteruskan dan pastinya ada beberapa penambahbaikan yang akan diberikan untuk bersama-sama membawa lebih kejayaan dan kegemilangan kepada ARCUPM dan juga UPM khasnya.

ARCUPM mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Pengarah bersedia untuk bekerja bersama-sama dalam usaha untuk terus memantapkan lagi kegemilangan dan kecemerlangan sebelum ini. Seluruh warga ARCUPM juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah yang sebelum ini yang telah meletakkan ARCUPM pada satu tempat yang terbaik dalam kalangan PTj di UPM.

Tarikh Input: 26/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFGCAJ~