Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023

Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Selamat datang diucapkan kepada para pelajar baharu sesi pengajian 2022/2023 ke menara ilmu kampus hijau UPM. selangkah kaki melangkah masuk ke institusi pengajian tinggi, cita-cita dan impian anda telah pun bermula di sini. 

Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan jangan sekali-kali gentar untuk bersama-sama mengharungi setiap cabaran yang bakal dilalui oleh para pelajar. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani tempoh empat hingga kelima tahun anda di sini sebelum bergraduat. 

Setiap pengalaman dan ilmu yang dipelajari disini akan menjadi titik tolak untuk anda mengubah masa depan diri dan juga keluarga. Bagi sesi pengajian 2022/2023, ARCUPM akan teruskan tradisi dengan membantu para pelajar untuk sama-sama meraih kejayaan. Bantuan biasiswa alumni kepada pelajar yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu akan diteruskan. 

Serentak itu, ARCUPM juga amat mengalu-alukan para alumni diluar sana untuk terus kembali menyumbang kepada alma mater agar bantuan-bantuan sewajarnya kepada para pelajar yang memerlukan dapat terus disalurkan dari semasa ke semasa.  

Bagi alumni yang telah menjalankan peranan masing-masing selama ini, ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan bantuan yang diberikan. Slogan daripada alumni kepada UPM akan terus kita semarakkan agar ia menjadi pemangkin kepada semangat untuk kembali menyumbang demi kemashlahatan para pelajar UPM pada masa akan. 

 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETMAN~