Sekitar Perbincangan Video Montaj Pembinaan Menara Jam Warisan Budi | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Perbincangan Video Montaj Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Sekitar Perbincangan Video Montaj Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 11 Okt - Proses awal pembinaan Menara Jam Warisan Budi sedang giat dijalankan. Pusat Perhubungan Alumni UPM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Seksyen Media Kreatif, Pusat Strategik dan Perhubungan Korporat UPM dalam menyediakan video montaj untuk Menara Jam Warisan Budi. 

Objektif penyediaan video montaj ini adalah untuk menyampaikan maklumat penting dan juga sebagai salah satu bahan siaran hebahan mengenai Menara Jam Warisan Budi yang kini menunggu untuk pembinaannya pada Januari 2023. 

Selain itu, video montaj ini juga akan digunakan sebagai salah satu bahan promosi untuk Menara Jam Warisan Budi yang bakal menjadi lambang kegemilangan dan mercu tanda baharu bagi Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Pembinaan akan dimulakan pada Januari 2023 dan dijangka siap pembinaan pada Jun 2023. Dengan kedudukan yang strategik berhadapan Dewan Besar UPM, Menara Jam Warisan Budi ini bakal menjadi pusat setempat untuk perkumpulan pelajar. Bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, ianya akan menjadi tempat pelajar-pelajar yang menghadiri majlis konvokesyen untuk mengabadi kenangan di UPM. 

Secara simboliknya, Menara Jam Warisan Budi ini memberi satu nilai yang cukup besar untuk seluruh warga UPM terutamanya kepada para alumni yang menyumbang kepada pembinaan menara jam ini. 

Setiap daripada alumni yang menyumbang akan berasa bangga apabila Menara Jam Warisan Budi ini siap dibina sepenuhnya. 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZOAb~