Sekitar Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Sekitar Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 1 JUN - Berlangsungnya mesyuarat pelarasan pembinaan Menara Jam Warisan Budi di Townhall, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai pembinaan menara berkenaan yang telah dipersetujui pada tahun 2006 lagi. 

Bersempena sambutan Jubli Emas Universiti Putra Malaysia (1971-2021) pembinaan menara ini dilihat kena pada masanya. Secara simboliknya Menara Jam Warisan Budi ini juga melambangkan kejayaan dan kesatuan para alumni UPM bersama-sama dengan Universiti dalam mendokong setiap hasrat dan visi Universiti. 

Objektif pembinaan menara jam ini adalah untuk menghargai sumbangan warga kampus, alumni dan rakan-rakan UPM kepada universiti. Inisiatif ini telah mendapat sokongan penuh daripada Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman. 

Manakala konsep dan reka bentuk Menara Jam Warisan Budi ini dilakukan oleh pasukan Fakulti Reka Bentuk & Seni Bina UPM. Cadangan pembinaan ataupun lokasi untuk dibangunkan menara jam ini adalah berdekatan Bangunan Canselori dan Dewan Besar UPM, di mana tempat berlangsungnya majlis graduasi UPM. Lokasi ini dilihat sangat strategik dan bakal menjadikan bangunan ini menjadi sebahagian daripada detik ketika berada di UPM dan pasti bakal menjadi tumpuan para graduan kelak. 

Pusat Perhubungan Alumni dan seluruh warga kampus UPM, akan terus memberikan seluruh komitmen yang tinggi dalam menjadikan menara jam ini sebagai satu mercu tanda baru UPM yang bakal menjadi kebanggaan seluruh warga UPM khasnya. 

ARCUPM dan seluruh warga UPM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang bersama-sama dalam menjadikan projek ini daripada impian kepada realiti. 

 

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUMAP~