Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2 Pembinaan Menara Jam | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2 Pembinaan Menara Jam

Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2 Pembinaan Menara Jam

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG - Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2 pembinaan Menara Jam di antara UPM dan pihak perunding telah diadakan di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM. 

Pembinaan Menara Jam Warisan Budi yang dijangkakan memulakan kerja-kerja pembinaan bermula Januari 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2024. 

Dengan kos pembinaan mencecah RM1.4 juta hasil sumbangan para alumni UPM, staf, individu dan seluruh warga UPM, Menara Jam Warisan Budi ini bakal menjadi satu mercu tanda baharu UPM menuju ke arah universiti bereputasi antarabangsa. 

 

Projek yang telah diilhamkan sejak 2006 dan selama 16 tahun tertangguh disebabkan oleh kekangan kewangan, namun hasil usaha semua pada 2022 jumlah dana terkumpul RM1.4 juta telah membolehkan projek ini diteruskan dengan membawa hasrat dan kebanggaan seluruh warga UPM termasuk para alumni yang telah menyumbang kepada pembinaan Menara Jam ini. 

Lebih istimewa, jam LED yang bakal terpapar di Menara Jam ini juga hasil sumbangan daripada alumni UPM iaitu Encik Norashedy Ab Rashid dari Usaha Jana Sdn Bhd. 

Kebersamaan dan kerjasama sama yang ditunjukkan pada alumni telah membuah hasil dan kejayaan apabila projek yang sekian lama tertangguh kini dalam proses ataupun fasa pembinaan. 

Naratif Naib Canselor 2022, Aspirasi ke-11 'Melibatsama Alumni Untuk Kelangsungan Universiti' telah memperlihatkan hasilnya. Inilah yang dimaksudkan menerusi aspirasi ini apabila semua pihak menghayatinya dan mengambilnya sebagai satu tanggungjawab bersama. 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 11/04/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbAAe~