Sekitar Kemeriahan Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-45 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Kemeriahan Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-45

Sekitar Kemeriahan Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-45

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG – Bermula 19 Mac dan berakhir pada 24 Mac 2022, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing. Tidak kiralah peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Ijazah Master, Ijazah Bacelor dan juga Diploma, masing-masing menunggu saat untuk menerima anugerah masing-masing. 

Seramai  6,142 graduan terdiri daripada 484 penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), 1,611 Ijazah Master, 3,564 Bacelor dan 483 Diploma menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen selama enam hari itu.

Biarpun negara masih dihimpit dengan pandemik Covid-19, namun para graduan dan ibu bapa hadir untuk meraikan majlis penuh bersejarah ini dengan pematuhan kepada tatacara pengendalian piawaian (SOP) yang ditetapkan adalah tinggi dan terkawal. 

Rata-rata ibu bapa yang ditemui menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan anak-anak dan juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada UPM dalam pengendalian majlis yang cukup teratur dan selamat. 

Walaupun hanya graduan yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, namun ibu bapa dan keluarga memahami situasi berbeza yang dihadapi kini. Demi keselamatan dan kesejahteraan bersama masing-masing perlu berkorban dan meraikannya dalam keadaan sederhana namun tetap meriah.

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdPAG~