Sekalung Tahniah Kepada Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekalung Tahniah Kepada Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris

Sekalung Tahniah Kepada Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – 4 Ogos 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM menzahirkan ucapan tahniah ke atas penganugerahan selaku Pro Canselor International Medical University Malaysia kepada Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris.

Terdahulu, Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris merupakan Naib Canselor Univeristi Putra Malaysia (UPM) bermula pada tarikh 1 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Ogos 2020. Beliau juga merupakan alumni UPM kelas (1979 dan 1989). 

Sedikit pencapaian dan penganugerahan beliau, pada tahun 2011, Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini, telah menerima Anugerah Akademik Negara (AAN) 2010, kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk hasil kejayaan beliau dalam inovasi dan pengkomersilan vaksin penyakit ‘Newcastle’.

Beliau juga telah dipilih sebagai salah seorang daripada 10 penyelidik untuk Anugerah Inovasi Negara 2012, Anugerah Alumni Terbilang UPM 2012 dan diumumkan antara Saintis Penyelidikan Terbaik Malaysia 2013.

Kemuncak kejayaannya pada tahun 2013, beliau diserap menjadi ahli ulung Dewan Penghormatan (Inaugural Member Hall of Honour), World Veterinary Poultry Association iaitu pencapaian paling berprestij dalam penyelidikan saintifik, latihan dan pendidikan kesihatan avian dan kepemimpinan komuniti negara membangun sedunia.

Telah banyak kejayaan-kejayaan yang dihasilkan oleh beliau sehinggalah beliau telah memperkenalkan beberapa modul latihan untuk penyelia dan pelajar siswazah, yang menjadi satu tanda aras bagi universiti tempatan lain. Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini juga turut dilantik sebagai Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) IPTA Malaysia dari 2005-2008. Sebagai Pengerusi MDPS, beliau telah menganjurkan penulisan buku panduan bagi penyelia ke arah penyeliaan pelajar siswazah dengan cemerlang, serta menganjur beberapa konferensi.

Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM kepada Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris di atas kejayaan demi kejayaan yang dirangkul sehinggalah kepada penganugerahan selaku Pro Canselor International Medical University Malaysia.

Tarikh Input: 05/08/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdGAA~