Sedekad Bersama Alumni DVM 2014 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sedekad Bersama Alumni DVM 2014

Sedekad Bersama Alumni DVM 2014

Oleh: Aidil Asyraaf Abdullah

Suntingan: Amanpreet Kaur Rajinder Singh

Serdang, 26 Oktober 2024 – Program Sedekad Alumni DVM2014 telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk meluaskan pengetahuan, memberikan pendedahan, dan berkongsi maklumat terperinci kepada pelajar veterinar baharu mengenai peluang kerjaya yang boleh diceburi selepas bergraduat.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah, Profesor Madya Dr. Intan Shameha Abdul Razak dan diikuti dengan sesi perkongsian pengalaman yang amat berharga oleh alumni DVM2014 kepada para pelajar DVM Tahun 1. Melalui sesi ini, para alumni dapat memberi pendedahan tentang cabaran dan peluang dalam bidang perubatan veterinar.

Program ini turut menyatukan alumni DVM2014 dan memberi mereka peluang untuk berkongsi pengalaman yang tidak ternilai dengan pelajar tahun pertama. Selepas sesi perkongsian, acara diteruskan dengan pemberian sijil penghargaan dan cenderamata kepada alumni sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada program ini.

Seramai 158 peserta terlibat dalam program ini, yang terdiri daripada pelajar DVM dan alumni DVM2014. Kehadiran mereka dalam program ini telah mengeratkan lagi hubungan antara generasi pelajar dan alumni. Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr Mohd Mokrish Md Ajat. 

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, tetapi juga membuka ruang kepada alumni untuk berinteraksi dengan pelajar dan memperkenalkan dunia kerjaya yang luas dalam bidang perubatan veterinar. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat bersama dalam mengukuhkan komuniti FPV UPM.

Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (10:05:30pm-10:10:30pm, 28 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]