SAYEMBARA PUISI MERDEKA INTER-PTJ PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SAYEMBARA PUISI MERDEKA INTER-PTJ PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

SAYEMBARA PUISI MERDEKA INTER-PTJ PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka Inter-PTJ menerusi Program Semarak Merdeka 2023, telah diadakan di Panggung Percubaan UPM pada 22 Ogos 2023. Pertandingan mendeklamasi sajak ini telah disertai oleh 31 orang peserta dari 22 PTJ,  yang menampilkan 16 orang peserta untuk sesi pagi dan 15 peserta pada sesi petang.

Setiap peserta telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendeklamasikan puisi masing-maisng dengan penuh semangat. Setiap peserta sebolehnya ingin menunjukkan pembawaan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing bagi meraih markah yang tertinggi. Setiap PTJ membawa penyokong masing-masing menjadikan suasana meriah sepanjang pertandingan berlangsung. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) antara PTJ yang turut menghantar dua wakil sebagai tanda sokongan terhadap program yang dijalankan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Lebih istimewa lagi, pertandingan ini turut menampilkan Tuan Haji Ahmad Syukri Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Badan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai juri pertandingan dan telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan sempena program ini adalah Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ, Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ dan Fotografi Merdeka Inter-PTJ yang turut mendapat sambutan dari semua PTJ. Bagi pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ menyaksikan setiap PTJ yang masuk bertanding telah menghias PTJ masing-masing dengan kibar jalur gemilang dengan pelbagai tema yang diketengahkan. 

Program Semarak Merdeka UPM 2023 dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga UPM.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 17/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdCAT~