OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias

Serdang, 20 Ogos 2025 - Sesi pagi Program Jubli Emas 50 Tahun Alumni Kelas ’75 berlangsung penuh bermakna apabila lebih 50 tahun perjalanan ilmu, dedikasi, dan persahabatan dizahirkan semula dalam Program Khas Kelas ’75.
Majlis turut dihadiri oleh:
Dr. Ibrahim Mohamed, Pengerusi Alumni Kelas ’75 UPM
Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM
Dr. Muhammad Mu’az Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM



Yang paling dihormati adalah semua Alumni Kelas ’75, nadi utama kejayaan program ini. Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Penghargaan Pencapaian Warga Kelas ’75 serta penerima Hadiah Canda Mesra Jubli Emas 2025, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, jasa, dan semangat yang dibawa oleh keluarga Alumni Tahun ’75.


Program ini bukan sekadar meraikan 50 tahun, tetapi menjadi simbol ikatan persahabatan, kasih sayang, dan kesetiaan alumni terhadap universiti tercinta. Ia membuktikan bahawa masa dan jarak tidak pernah memisahkan keluarga besar Alumni Tahun ’75.
Semangat dan iltizam para alumni ini terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mencipta kejayaan serta mengangkat martabat Universiti Putra Malaysia di persada nasional dan antarabangsa.
Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 04/10/2025 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor