Read@Uni Laman Al-Falah CInta Pada Ilmu Siri Ke-5 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Read@Uni Laman al-Falah CInta Pada Ilmu Siri Ke-5

Read@Uni Laman al-Falah CInta Pada Ilmu Siri Ke-5

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANGRead@Uni Laman al-Falah siri ke 5 kembali lagi dengan perkongsian ilmu daripada staf Pusat Perhubungan Alumni UPM. 

Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Siri ke-5 kini giliran Encik Zhahir Hussain dan Puan Suziana Che Wil  menyampaikan perkongsian. Encik Zhahir menyampaikan anotasi buku berjudul 'Seorang Tua Di Kaki Gunung manakala Puan Suziana pula menyampaikan sajak berjudul 'Ke Makam Bonda'. 

Perkongsian yang diadakan pada setiap Jumaat ini antara lain adalah untuk memupuk budaya membaca dan berkongsi ilmu di kalangan staf Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Perkongsian telah dimulakan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dengan anotasi buku 'Tskuru Tazaki Tanpa Warna dan 'Syarah Hadis 40' oleh Cik Aida Fitri Peli. 

 

Pada majlis perasmian tempohari, Pengarah ARCUPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud mengharapkan agar aktiviti ilmu sebegini dapat memberi manfaat kepada seluruh staf dan budaya ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga membuka ruang read@uni Laman Al-Falah ARCUPM kepada staf, alumni dan pelajar yang ingin berkongsi ilmu dan juga informasi. 

Apa yang diharapkan daripada perkongsian dan aktiviti yang diwujudkan di sudut Laman al-Falah ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh staf ARCUPM dalam memupuk berkongsi ilmu dan cintakan pada ilmu. 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdCAM~