Read@Uni Laman Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 3, Kisah Panji Dan Amanah | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Read@Uni Laman Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 3, Kisah Panji dan Amanah

Read@Uni Laman Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 3, Kisah Panji dan Amanah

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

 

Serdang, 9 Feb -  Aktiviti perkongsian ilmu untuk siri ke-3 ini diteruskan lagi oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Untuk kali ini Saudari Suhadatul Fatonah telah memilih tajuk “Panji dan Amanah” sebagai perkongsian untuk siri ke-3. Saudari Fatonah yang juga merupakan pelajar latihan industri ARCUPM, berkongsikan mengenai kisah sahabat nabi iaitu Musab bin Umar dan Jaafar bin Abu Thalib.

Perjuangan sahabat-sahabat nabi untuk mempertahankan agama dan menjalankan amanah adalah perkara yang perlu kita ikuti. Walaupun kita tidak berjuang di medan perang seperti para sahabat, kita sebagai pekerja dan umat Islam masih ada amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Seperti sahabat nabi yang diamanahkan untuk menjaga panji Islam di medan perang, kita juga mempunyai panji kita sendiri yang perlu kita jaga.” ulas saudari Fatonah diakhir perkongsian.

Inisiatif ini diteruskan untuk menghidupkan perkongsian ilmu dalam kalangan staf ARCUPM dan ruangan ini terbuka untuk dimanfaatkan oleh semua warga UPM.

Tarikh Input: 15/02/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbXAp~