Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 24 April - Sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) berjalan dengan lancar meriah. Majlis ini adalah anjuran gabungan PTj yang berada di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), antara Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan Pusat Jaminan Kualiti UPM. 

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM ini merupakan majlis yang dianjurkan pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan sesama warga UPM dan sebagai salah satu acara dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri di UPM. 

Majlis ini juga memberi peluang kepada warga UPM terutama staf dan pelajar dapat berjumpa dan mengeratkan silaturahim apabila acara kunjung mengunjung antara PTj dihidupkan. Majlis yang berlangsung selama satu hari di sekitar UPM mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi Universiti, apabila Naib Canselor UPM mengambil peluang dan ruang ini untuk sama-sama menziarahi PTj di sekitar kampus UPM Serdang. 

Jamuan hidangan menu bawaan (potluck) diadakan bagi menunjukkan rasa komitmen masing-masing bagi menjayakan acara mega raya ini. Setiap staf diberikan kebebasan untuk membawa menu masing-masing dan dihidangkan serta dinikmati bersama-sama. 

Secara simboliknya, ianya bukanlah satu sambutan yang biasa tetapi ianya diwujudkan bagi mewujudkan rasa saling memerlukan di antara satu sama ini. Ini jelas menunjukkan simboliknya setiap daripada kalangan staf UPM itu sendiri mempunyai peranan yang tersendiri dan sama-sama perlu menjalankan fungsi bagi mencapai kecemerlangan. 

Kejayaan tidak boleh diraih dengan hasil usaha dan kerja individu tetapinya ianya adalah hasil usaha kerja secara berkumpulan.

Tarikh Input: 26/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFHCAK~