Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Suntingan: Suziana Che Wil
SERDANG, 12 Januari - Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) meneruskan aktiviti perkongsian ilmu Read@Uni Cinta Pada Ilmu di Laman Al-Falah ARCUPM.
Aktiviti Read@Uni ini merupakan siri yang pertama untuk tahun 2024 ini. Untuk siri kali ini telah disampaikan oleh saudara Amirul Hakimi bin Juara yang merupakan pelajar latihan industri di ARCUPM. Saudara Amirul telah menyampaikan sebuah cerita mengenai Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Anai-anai. Sedikit perkongsian daripada saudara Amirul, “Daripada kisah yang saya telah kongsikan dan pendapat saya, saya amat kagum dengan penceritaan tentang Nabi Sulaiman AS dan kuasa yang diberikan kepadanya untuk mengawal anai-anai dan jin merupakan salah satu aspek menarik dalam sejarah Islam. Kisah ini menunjukkan betapa besar kebijaksanaan dan kekuasaan yang diberikan Allah S.W.T kepada nabi tersebut. Dalam Al-Quran, kita diberitahu bahawa Nabi Sulaiman AS mempunyai kuasa untuk berkomunikasi dengan makhluk-makhluk tersebut, mengatur dan memerintah mereka untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Penceritaan ini juga menegaskan kepercayaan dalam keajaiban dan kekuasaan Ilahi yang melampaui batas pemahaman manusia. Melalui kisah ini, umat Islam diajar untuk mempercayai Allah dan mematuhi perintah-Nya, serta menghormati kekuasaan yang diberikan kepada para nabi. Ini juga mengingatkan kita tentang pentingnya tawakal (bergantung sepenuhnya kepada Allah) dalam kehidupan sehari-hari dan betapa pentingnya mempergunakan kekuasaan dan kebijaksanaan dengan adil dan bijaksana.”
Siri perkongsian ilmu ini adalah langkah yang positif untuk meningkatkan budaya suka pada buku dan seterusnya berkongsi sesama staf ARCUPM dan memberikan akses kepada semua warga UPM untuk memanfaatkan ruang ini.
Tujuan utama ruangan ini diwujudkan pada ruangan terbuka adalah bersama-sama memberi manfaat kepada komuniti sekitar terutama pelajar. Ini juga menjadi salah satu usaha ARCUPM untuk memupuk budaya manfaat waktu terluang dengan membaca dengan menyediakan tempat yang selesa dan seperti berada di ‘rumah sendiri’ untuk membaca dan sebagainya.
Apa yang diharapkan kepada komuniti setempat, selepas menggunakan ruang yang disediakan bersama kita menjadi keharmonian kawasan dengan menjaga tatasusila dan kebersihan dan kekemasan kawasan sekitar.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor