Ravichandran Berlepas Ke Kathmandu Membawa Harapan Warga UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Ravichandran Berlepas ke Kathmandu Membawa Harapan Warga UPM

Ravichandran Berlepas ke Kathmandu Membawa Harapan Warga UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SEPANG – Misi UPM Di Puncak Dunia@Everest memasuki fasa yang seterusnya, apabila pendaki solo negara yang telah beberapa kali berjaya menawan puncak tertinggi dunia Everest telah berlepas ke Kathmandu, Nepal bagi sesi latihan terakhir sebelum mendaki Gunung Everest untuk kali yang ketiga.

 

Pada 25 Mac 2022, Ravichandran dan pasukannya berlepas ke Kathmandu, Nepal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut hadir di KLIA bagi tanda solidariti dan sokongan moral kepada Ravichandran dan pasukannya ialah, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Presiden Persatuan Alumni, Dato’ Raihan Sharif, Pengurus Persatuan Alumni Haji Wan Ali Wan Ibrahim dan para pegawai dari Pusat Perhubungan Alumni. 

 

Ini merupakan sejarah buat UPM apabila bendera kebanggan seluruh warganya bakal dikibarkan di puncak tertinggi dunia oleh alumninya sendiri. Sedikit info, Ravichandran merupakan alumni kelas 1990 dan pendakian kali ini adalah kali ketiga baginya dan paling teristimewa buat diri beliau sendiri, kerana bakal mengibarkan bendera alma maternya sendiri. 

 

Ini merupakan sumbangannya kepada universiti yang telah banyak berjasa buatnya. Dengan slogan Dari Alumni Kepada UPM, beliau mahu membawa nama UPM hingga ke puncak dunia seiring dengan pencapaian universiti ini yang cukup membanggakan. 

 

Pusat Perhubungan Alumni serta warga UPM mendoakan agar misi ini berjayakan direalisasikan dan seluruh warga UPM boleh mengikuti perkembangannya di facebook Ravichandran sendiri dan juga mengikuti perkembangannya di akaun tiktik@UniPutra. 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaDAu~