PUTRA SOUQ | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PUTRA SOUQ

PUTRA SOUQ

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 7 Oktober - Program Minggu Perkasa Putra (MPP) sesi 2023/2024 yang berlangsung dari 30 September hingga 6 Oktober 2023, dimeriahkan lagi dengan slot Putra Souq yang diadakan di Dewan Besar UPM.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) adalah salah satu Pusat Tanggungjawab (PTj) yang membuka reruai bagi mempromosikan Persatuan Chapter Students Ambassador (CSA) kepada pelajar-pelajar baharu. 

CSA adalah persatuan yang ditubuhkan oleh ARCUPM bagi mewujudkan jalinan antara pelajar, Pusat Perhubungan Alumni dan seterusnya alumni UPM. Selain itu, ahli CSA juga adalah perantara ARCUPM dengan pelajar-pelajar, kolej kediaman, fakulti serta universiti bagi menghebahkan program dan aktiviti yang akan dijalankan terutama program yang melibatkan alumni.

Terdapat beberapa kelab dan persatuan yang turut mempromosikan kepada pelajar baharu bagi menyertai mereka sepanjang bergelar pelajar. Badan persatuan serta kelab yang pelajar ikuti akan memberi nilai tambah kepada kemahiran pelajar selain dari pelajaran di kelas. Ini membantu pelajar menjadi aktif bagi melahirkan graduan yang berdaya tahan untuk cabaran yang mendatang.

Putra Souq turut dimeriahkan lagi dengan gimik peperangan dari Pasukan PALAPES UPM. Selain itu, persembahan di dalam dewan juga berlangsung dengan lancar dan disambut meriah oleh pelajar baharu sesi 2023/2024.

ARCUPM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelajar baharu dan selamat berjaya dalam semua samada akademik mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum perlu selari bagi melahirkan graduan yang berjaya. Ianya turut menjadikan bakal graduan yang responsif, proaktif, berkualiti dan berdaya saing. 

Tarikh Input: 18/10/2023 | Kemaskini: 16/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdBA7~