PUTRA CAKNA : Alumni Care Heart To Heart (H2H) Bantu Pelajar Asnaf | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PUTRA CAKNA : Alumni Care Heart to Heart (H2H) Bantu Pelajar Asnaf

PUTRA CAKNA : Alumni Care Heart to Heart (H2H) Bantu Pelajar Asnaf

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 



SERDANG – 30 Ogos 2021, Hasil kesinambungan kejayaan dan sambutan daripada para alumni pada Program UPM Prihatin : Bantuan Pelan Data dan Peranti pada bulan Mac 2021, maka ARCUPM telah mengambil langkah yang lebih besar dan mampan dengan meneruskan program ini untuk kelestarian pendidikan kepada pelajar, terutama mereka daripada golongan asnaf dan B40. 

Program ini juga bersempena sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) yang kini sedang berlangsung sehingga penghujung tahun. Program ini menyasarkan 50 bantuan computer riba dan pelan data untuk diagihkan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemapuan bagi membolehkan mereka menerusikan pembelajaran secara dalam talian. 

Para alumni dialu-alukan untuk memberikan sumbangan melalui payment gateway kempen, namun tajaan juga dibuka kepada mana-mana individu alumni yang ingin menaja komputer riba. Kempen ini berlangsung bermula Ogos hingga Disember 2021. 

Secara amnya kempen ini juga adalah untuk memberi peluang kepada alumni yang ingin membantu pelajar yang terkesan oleh pandemic Covid-19 dan sekaligus menyumbang kembali kepada alma mater

Menerusi program ini keberhasilannya boleh dilihat dari sudut semua alumni dapat sama-sama berganding bahu membantu pelajar yang terjejas kerana pandemic Covid-19 dalam mereka meneruskan pembelajaran, meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terutamanya daripada kalangan warga UPM dan alumni untuk berilmu dan seterusnya berbakti kepada UPM dan yang pastinya ia adalah untuk melestarikan Pendidikan sebagai hub untuk individu kembali berbakti kepada alma mater. 

Kepada alumni yang ingin menderma boleh tekan di pautan dibawah https://alumni.upm.edu.my/alumni_berbakti-2042

 

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 04/10/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdUAB~