PUTRA ALUMNI VPRO CHALLENGE 2026 RAI PEMENANG TEMPAT KE-4 HINGGA KE-10 | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » PUTRA ALUMNI VPRO CHALLENGE 2026 RAI PEMENANG TEMPAT KE-4 HINGGA KE-10

PUTRA ALUMNI VPRO CHALLENGE 2026 RAI PEMENANG TEMPAT KE-4 HINGGA KE-10

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 3 Julai – Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang yang berjaya meraih kedudukan tempat ke-4 hingga ke-10 dalam Putra Alumni VPRO Challenge 2026, yang mengetengahkan tema Keterjaminan Makanan.

Pertandingan yang melibatkan Kategori Pelajar UPM serta Kategori Alumni UPM, Staf UPM dan Awam ini berjaya menghimpunkan penyertaan yang menampilkan kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis dalam menghasilkan kandungan video yang berkualiti. Melalui pendekatan penceritaan digital, para peserta berjaya menyampaikan mesej yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan sebagai antara agenda penting pembangunan negara.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar, bersama wakil Persatuan Alumni UPM, Cik Aman Preet Kaur A/P Rajinder Singh. Penyampaian anugerah tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen dan usaha para peserta dalam menghasilkan karya yang kreatif, informatif dan berimpak tinggi.

Penganjuran Putra Alumni VPRO Challenge 2026 turut membuktikan komitmen UPM dalam memperkasa budaya penghasilan kandungan digital yang mampu menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat. Setiap penyertaan yang diterima mencerminkan keupayaan peserta dalam menggabungkan kreativiti dengan penyampaian maklumat yang tepat, sekali gus menyokong usaha memupuk masyarakat yang lebih peka terhadap isu keterjaminan makanan.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penyokong, rakan kerjasama serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini. Sokongan yang diberikan bukan sahaja menyumbang kepada kelancaran penganjuran program, malah memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, alumni dan komuniti.

Semoga kejayaan yang diraih oleh para pemenang menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan kandungan digital yang kreatif, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat. Diharapkan Putra Alumni VPRO Challenge akan terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya inovasi, memperkasa bakat serta menggalakkan perkongsian ilmu dalam usaha menyokong aspirasi pembangunan mampan dan kesejahteraan negara.

Tarikh Input: 20/07/2026 | Kemaskini: 20/07/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:05:05am-09:10:05am, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]