Pusat Perhubungan Alumni Adakan Gotong Royong EKSA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pusat Perhubungan Alumni Adakan Gotong Royong EKSA

Pusat Perhubungan Alumni Adakan Gotong Royong EKSA

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

  

 

SERDANG, 22 April – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan gotong-royong dalam melaraskan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Gotong-royong yang melibatkan kesemua staff membabitkan pengubahsuaian susun atur dalam pejabat, ruang menunggu, bilik mesyuarat, ruang kerja dan juga laluan masuk utama ke pejabat ARCUPM.

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penambahbaikan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan mengekalkan prinsip amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.

Selain itu, gotong-royong itu juga dilakukan sempena menyambut Hari Bumi tanda sokongan dan solidariti ARCUPM kepada kelestarian bumi hijau di Universiti Putra Malaysia. Sambutan di peringkat UPM telah dilakukan serentak pada hari tersebut dalam usaha bersama-sama mengekalkan reputasi UPM sebagai Universiti paling lestari.

 

 

Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaLAE~