PROSES PENGUMPULAN DATA BAGI PENERBITAN SEJARAH LISAN PAK RASHID 02 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PROSES PENGUMPULAN DATA BAGI PENERBITAN SEJARAH LISAN PAK RASHID 02

PROSES PENGUMPULAN DATA BAGI PENERBITAN SEJARAH LISAN PAK RASHID 02

Oleh: Nur Syamimi Mohd Nor

Disunting: Ahmad Amirul Alias

Serdang, 19 September 2025 - Usaha pengumpulan data bagi penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid diteruskan melalui sesi temu bual bersama responden kedua yang berlangsung pada hari ini. Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Md. Yusuf Husin (Alumni Kelas 1969) atas kesudian beliau meluangkan masa berkongsi pengalaman dan memori bersama tokoh tersohor universiti, Allahyarham Pak Rashid.

Sebagai individu yang pernah mengenali dan berinteraksi rapat dengan Allahyarham, Dr. Md. Yusuf menzahirkan rasa kagum terhadap keperibadian serta dedikasi beliau dalam membangunkan institusi ini. Dikenali sebagai seorang pendidik yang berdisiplin tinggi, berprinsip, dan berjiwa besar, Pak Rashid telah memainkan peranan penting dalam membentuk nilai dan budaya kecemerlangan warga universiti.

Sumbangan beliau merentasi pelbagai fasa pembangunan institusi, bermula daripada Sekolah Pertanian, Kolej Pertanian Malaya, Universiti Pertanian Malaysia, sehinggalah ke Universiti Putra Malaysia yang unggul pada hari ini. Jasa dan kepemimpinan beliau menjadi asas kepada pembentukan jati diri universiti yang berteraskan ilmu, integriti, dan khidmat kepada masyarakat.

Legasi Allahyarham Pak Rashid kekal hidup dalam ingatan warga kampus serta para alumni, menjadi inspirasi kepada generasi kini untuk terus meneladani semangat berbakti dan komitmen beliau terhadap kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Tarikh Input: 23/10/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (01:14:59am-01:19:59am, 31 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]