Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 2 Julai - Projek Sekolah Hijau Sekebun Cili telah dijalankan pada 7 Jun - 2 Julai 2024 di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Projek anjuran Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM (FBSB) ini melibatkan kerjasama erat antara pihak SK Jalan Empat, FBSB, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan Pusat Pertanian Putra UPM (PPP).
Projek ini bukan sahaja memberi ilmu yang berguna kepada para pelajar, tetapi juga memupuk semangat kerja berpasukan dan cinta terhadap alam sekitar. Kami berharap projek ini akan menjadi contoh yang baik dan inspirasi kepada projek-projek yang akan datang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya pihak sekolah dan juga syarikat alumni UPM yang menyumbang kepada projek ini iaitu Amco Niaga Sdn Bhd. dan Merbau Agrotechnology (M) Sdn. Bhd. Mari kita teruskan usaha murni ini demi masa depan yang lebih hijau dan lestari.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 12/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor