Projek MegaChili 2021 Beri Harapan Tinggi Pada Pelajar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Projek MegaChili 2021 Beri Harapan Tinggi Pada Pelajar

Projek MegaChili 2021 Beri Harapan Tinggi Pada Pelajar

 

SERDANG - Kemahiran, pengalaman dan ilmu merupakan tiga (3) elemen penting untuk memacu kejayaan. Kini, jumlah pelajar universiti bergraduat pada setiap tahun hampir mencecah 5.3 juta orang. Lantaran itu, untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan yang amat terhad, kemahiran adalah elemen kedua terpenting dalam memastikan kebolehpasaran graduan.

Pusat Perhubungan Alumni mengilhamkan projek yang melibatkan pelajar secara total. Ia  bakal memberi pengalaman kepada pelajar sebelum mereka bergraduat. Projek MegaChili 2021 tetap berlangsung sebagai wadah untuk pelajar mempraktikkan ilmu dan bimbingan daripada alumni Mentor.

 

     

 

Projek MegaChili 2021, Mahasiswa Perlu Ambil Peluang

Projek MegaChili 2021 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), Kolej-Kolej Kediaman, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Alumni UPM, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dengan kolaboratif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan kos sebanyak RM50,000 yang disalurkan melalui dana Tabung Sumbangan Alumni UPM.

Projek ini akan melibatkan sembilan (9) buah kolej kediaman di Kampus Serdang, Selangor. Setiap kolej kediaman akan diperuntukan geran pembiayaan projek sebanyak RM5,000 yang diberikan secara one off. Melalui geran ini, setiap kolej kediaman wajib menjalankan Projek MegaChili sebagai pengisian utama dan perlu digunakan sepenuhnya sebelum ia berakhir pada bulan Mac 2022.

Projek ini juga mempamerkan kerjasama erat UPM dengan agensi kerajaan terbabit untuk satu jangka masa panjang dan ia akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cabaran sebenar untuk bergelar usahawan dalam sektor pertanian. Selain itu, jalinan kerjasama ini juga turut menjadi landasan kepada alumni untuk berbakti dan menyumbang kepakaran kepada universiti dan pelajar UPM.

Dalam memastikan kejayaan projek ini, ARCUPM di bawah Seksyen Jaringan Industri dan Geran Alumni telah menganjurkan bengkel pertama pada 19 Jun 2021 secara dalam talian. Bengkel yang bertajuk “Kenali Tanah dan Baja Pertanian“ yang disampaikan oleh Dr. Elisa Azura Azman.  Menurut Ketua Seksyen Jaringan Industri dan Alumni, Syafiq Mohd Hanifah, bengkel ini dianjurkan untuk memberi pengetahuan dan input tambahan kepada pelajar sebagai persediaan awal sebelum memulakan proses penanaman.

“Beliau turut menambah bahawa Bengkel pada masa akan datang juga akan dikendalikan oleh alumni Mentor. Bengkel ini adalah satu wadah untuk perkongsian ilmu daripada alumni kepada para pelajar. Jadi amatlah dialukan-alukan pelajar yang terlibat untuk meluangkan masa menyertai bengkel yang akan diadakan nanti,” ulasnya.

Bengkel pertama menyaksikan para pelajar Kolej 10, Kolej Tiga Belas, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Sri Rajang, UPM Kampus Bintulu memenuhi ruangan pembelajaran secara maya.  Terdahulu Dr. Elisa merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian UPM yang merupakan Alumni Kelas 2009 dan 2012. Beliau juga bertindak sebagai alumni Mentor untuk Projek Tanaman MegaChiili. Bengkel ini akan diteruskan lagi pada siri akan datang dengan topik yang pasti menarik.

Tarikh Input: 30/06/2021 | Kemaskini: 13/08/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaUAx~