PROGRAM YPR PUTRA CAKNA SIRI 2 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PROGRAM YPR PUTRA CAKNA SIRI 2

PROGRAM YPR PUTRA CAKNA SIRI 2

Serdang 10 April 2025, Program YPR Putra Cakna Siri 2 bertajuk "Sisa Racun Kimia dalam Produk Pertanian. Apa Perlu Kita Tahu?" telah berlangsung dengan jayanya pada 10 April 2025 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPM.

Program ini menampilkan Puan Siti Norliza Mohd Din, penerima biasiswa Yayasan Pak Rashid sesi 2013/2014, yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam isu sisa racun kimia dalam produk pertanian. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kesan penggunaan racun kimia dalam pertanian serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan residu terhadap keselamatan makanan. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara penerima biasiswa Yayasan Pak Rashid dan komuniti universiti melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat.

Kami berbesar hati menerima kehadiran tetamu kehormat, iaitu YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM; YBhg. Dato’ Raihan Shariff, Presiden PAUPM; YBhg. Tan Sri Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim; YAM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail; YBrs. Tuan Haji Ghazali Salamat; dan Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir ialah barisan ahli pemegang amanah Yayasan Pak Rashid, alumni-alumni UPM serta pegawai-pegawai UPM yang memeriahkan majlis.

Program ini memberi impak positif kepada para peserta dengan menyediakan ruang untuk mendalami isu berkaitan keselamatan makanan dan pertanian moden. Sesi soal jawab yang berlangsung selepas syarahan juga memberikan peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai topik yang dibincangkan.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
F, (06:57:48pm-07:02:48pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]