Program Ukhuwah Media Siri 1 Pusat Perhubungan Alumni UPM Bersama Kumpulan Media Karangkraf (GPS Bestari) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program Ukhuwah Media Siri 1 Pusat Perhubungan Alumni UPM bersama Kumpulan Media Karangkraf (GPS Bestari)

Program Ukhuwah Media Siri 1 Pusat Perhubungan Alumni UPM bersama Kumpulan Media Karangkraf (GPS Bestari)

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

23 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan Program Ukhuwah Media Siri 1 bersama Kumpulan Media Karangkraf dalam usaha mengukuhkan jalinan kerjasama antara ARCUPM dan rakan media.

Program yang julung kali diadakan ini melihat kepada satu usaha murni dalam memesrakan hubungan antara ARCUPM dan rakan-rakan media. Jalinan ini jika dilihat pada skop yang lebih besar ia merupakan situasi menang-menang antara institusi dan media. 

Institusi yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang perlu diperhebahkan kepakaran mereka untuk dimanfaatkan oleh masyarakt. Medium yang akan digunakan dalam hebahan ini pastinya media yang mempunyai kapasiti yang luar dan sebuah badan yang memegang autoriti  kepercayaan daripada masyarakat. 

Program ini dilihat akan membawa satu fasa kerjasama yang erat sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing dengan maksima mungkin.  

Program yang berlangsung secara fizikal dengan pematuhan SOP tinggi, turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan dan staf daripada ARCUPM. 

Ketibaan rombongan daripada ARCUPM disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Haji Hamzah dan pasukannya.  

Pengarah ARCUPM turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, khasnya GPS Bestari dan Sinar Harian yang banyak memberikan kerjasama dalam hebahan program dan aktiviti yang dijalankan oleh ARCUPM. 

Pada perjumpaan itu juga pihak Kumpulan Media Karangkraf turut mempelawa para alumni daripada UPM untuk sama-sama terlibat dalam ‘Rasuah Busters’ yang sedang dalam rangka jelalah ke seluruh negara oleh Kumpulan Media Karangkraf dengan penglibatan yang ramai daripada Perubuhan Bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara. 

“Kami melihat alumni UPM kini berada di serata pelusuk negeri dan tidak mustahil alumni selaku ejen perubahan kepada situasi yang ada di negara kita pada hari ini. Jadi bersama kita membanteras rasuah demi kemaslahatan sejagat dan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kita sebenarnya berada atas landasan yang sama iaitu tanggungjawab kita adalah ‘memandai’ masyarakat. UPM selaku institusi pengajian tinggi dan kami pada bahagian media dan percetakan. Melalui tulisan pelbagai agenda boleh disampaikan. Jadi pilihan agenda yang boleh memberi impak positif kepada masyarakat,” akhirinya. 

Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 04/01/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaVA5~