Program TRACE Di Johor Tenggara Membawa Sumbangan Peranti Untuk Pelajar UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program TRACE di Johor Tenggara Membawa Sumbangan Peranti Untuk Pelajar UPM

Program TRACE di Johor Tenggara Membawa Sumbangan Peranti Untuk Pelajar UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Terjemahan BI : Siti Nur’ain Feisal 

Foto : Farhan Afif Nazri

DESARU – Bermula 25 hingga 27 Februari 2022, telah berlangsung program Tracing Alumni For Collaboration & Engagement (TRACE) Briges – Link District (TAD)@Johor Tenggara. Bertempat di Desaru Tiara sesi perjumpaan bersama alumni di bahagian Johor Tenggara telah berjaya diatur. 

Pertemuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan membawa kembali alumni kembali ke alma mater. Alumni merupakan pemegang taruh kepada universiti kerana melalui peranan alumni pelbagai program dan jaringan perhubungan dapat diperluaskan untuk membawa universiti ke mercu kejayaan. 

Fungsi dan peranan alumni perlu digunakan dengan optima agar mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan universiti dan insaniah pelajar. UPM antara universiti yang mempunyai alumni yang ramai sekitar, 116,605 alumni di seluruh negara.  

Sepanjang tiga hari dua malam berkampung di Desaru, pelbagai perbincangan bersama alumni telah dapat dilaksanakan dalam usaha memperkasakan bantuan kepada para pelajar UPM yang memerlukan dan juga kepada alumni itu sendiri.

Sesi perkongsian bersama alumni, pelbagai idea telah diutarakan antaranya mengambil cakna kepada alumni-alumni UPM sendiri yang kurang bernasib baik. Antara yang diketengahkan adalah ‘Alumni Flagship’ iaitu daripada alumni kepada alumni yang kurang bernasib baik dalam kehidupan. 

 

ARCUPM selaku entiti yang berperanan dalam merapatkan hubungan alumni bersama alma amter, alumini sesame alumni dan alumni bersama pelajar, menyambut baik setiap idea dan pandangan yang diberikan. 

Pengarah ARCUPM yang turut hadir pada sesi pertukaran ilmu dan idea itu menyambut baik idea yang diutarakan.

“Platform yang ada ini kita boleh jadikan satu medium untuk membantu alumni yang kurang bernasib baik. Selain daripada menyantuni para pelajar yang kurang bernasib baik, kita juga boleh memberi fokus dengan menyalurkan bantuan kepada alumni-alumni yang memerlukan,” ujarnya. 

Pada sesi pertemuan itu, alumni digalakkan untuk mendaftar masuk ke portal Sistem Maklumat Alumni. Di situ pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan alumni akan dikemaskini dari masa ke semasa. Portal itu juga menyalurkan maklumat untuk alumni yang ingin kembali berbakti kepada alma mater khususnya dalam sumbangan biasiswa dan juga peranti kepada pelajar akan dikemaskini. Alumni hanya perlu klik pada pautan ini untuk mendaftar masuk; https://ais.upm.edu.my/portal/

 

Slogan ‘Daripada Alumni Kepada UPM’ telah memberi makna yang besar dan mendalam. Pada sesi bertemu alumni di Johor Tenggara, Seksyen Jaringan dan Geran Industri yang diketuai oleh Saudara Fudhayl Omar telah berjaya mendapatkan bantuan peranti khas untuk pelajar  daripada golongan B40 dan asnaf. 

Sebanyak 10 peranti telah disumbangkan oleh Encik James Ho dari Yayasan Kebajikan Suria. Peranti ini akan disalurkan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk memudahkan mereka dalam proses pengajian yang hari ini masih ada ada berjalan secara dalam talian dan sebagainya. 

Sumbangan daripada alumni ini juga turut menyatakan hasrat mereka bahawa alumni tetap menyokong setiap hasrat yang dinyatakan oleh Universiti. Atas sumbangan ini, Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekaligus aspirasi ke 11 dalam Naratif Naib Canselor 2022 iaitu Melibatsama Alumni untuk Kelangsungan Universiti bersama telah kita laksana.

 

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 01/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZIAk~