Serdang, 25 Mei 2025, Program Town Hall: Alumni – Beyond the Story telah berjaya dianjurkan dan menampilkan kisah inspirasi serta realiti kehidupan dua alumni hebat dari Kolej Canselor yang kini mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Program ini telah menonjolkan perjalanan profesional dan peribadi dua panel jemputan, Encik Shahrulmizan Rahmat, alumni UPM kelas 2006 dan 2007 yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan SMR Creations Sdn. Bhd. dan merupakan mantan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Keenam, serta Encik Mohamad Noor Rizal Jaafar, alumni UPM kelas 2012 yang kini berkhidmat sebagai Perunding Kewangan di Prudential dan juga merupakan bekas atlet Sepak Takraw Kolej Canselor.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff selaku Pengetua Kolej Canselor dan Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM. Program ini telah dikendalikan dengan penuh bertenaga oleh moderator, Hadrzeen Fakhriy Fahsyeen Kamarul Shahrin, pelajar Tahun 1 Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, Kolej Canselor.

Sesi tersebut bukan sahaja membuka ruang inspirasi dan perkongsian pengalaman yang bermakna buat para pelajar, malah turut menjadi wadah mengukuhkan hubungan antara alumni dan komuniti kolej. Kehadiran para alumni yang kembali menyumbang melalui pengalaman mereka memberikan nilai tambah kepada pembangunan sahsiah pelajar dan memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan warga kampus.
Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 30/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor