Program Tautan Kasih Alumni, UPM Kampus Bintulu | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program Tautan Kasih Alumni, UPM Kampus Bintulu

Program Tautan Kasih Alumni, UPM Kampus Bintulu

 

Bintulu, 31 Oktober - Program Tautan Kasih Alumni 2024 telah berjaya dilaksanakan di UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Telah berlangsung sesi penyerahan Tafsir Al-Quran yang sangat berharga daripada Yayasan Ade Azhar kepada Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM), yang telah menyampaikan amanah ini kepada Pengetua Kolej Sri Rajang, Dr. Tengku Sharifah Marliza Binti Tengku Azmi.

Sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap penghayatan ilmu, Dr. Tengku Sharifah turut menyerahkan Tafsir Al-Quran tersebut kepada Dr. Huzaifah Muhammad Huzaifah Bin Mohd Roslim, wakil Pusat Islam UPM Kampus Bintulu. Semoga sumbangan ini dapat menjadi sumber inspirasi dan panduan kepada semua pelajar serta warga kolej dalam mendalami ajaran Al-Quran.

Kami percaya bahawa dengan adanya usaha sebegini, hubungan antara alumni dan institusi dapat dipereratkan, sekaligus memberi impak positif kepada generasi akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

 

-akan dikemaskini-

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 06/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (10:45:05pm-10:50:05pm, 01 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]