Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 12 Januari 2026 – Program Putra Heritage Tour telah berlangsung dengan jayanya di Menara Putra Warisan Budi, Universiti Putra Malaysia dengan penyertaan seramai 76 orang staf baharu, termasuk enam orang daripadanya ialah alumni Universiti Putra Malaysia. Program ini diketuai oleh Encik Hisyamuddin Hashim dan bertujuan memperkenalkan sejarah serta nilai warisan universiti kepada warga kerja baharu UPM.


Program ini menampilkan sesi perkongsian bermakna oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia, yang mengupas sejarah penubuhan universiti serta nilai-nilai teras yang membentuk identiti UPM. Perkongsian tersebut turut menyorot kisah di sebalik Menara Putra Warisan Budi sebagai simbol jati diri, penghargaan terhadap sumbangan alumni, dan legasi berterusan universiti.


Melalui pendekatan berinformasi dan berfakta, para peserta diberi pendedahan terhadap kepentingan memelihara warisan institusi sebagai asas kepada pembinaan semangat kebersamaan, rasa bangga, dan kefahaman mendalam terhadap budaya universiti.

Program Putra Heritage Tour ini menjadi platform penting dalam memastikan warisan Universiti Putra Malaysia terus difahami, dihargai, dan diwarisi oleh seluruh warga universiti, sekali gus memperkukuh semangat kekitaan dan jati diri dalam kalangan staf baharu.
Tarikh Input: 12/01/2026 | Kemaskini: 12/01/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor