Sepang, 2 Mei 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) berbesar hati menghadir flag off bagi Program Mobiliti Pelajar Kolej Sepuluh (SETAREX YUNNAN) ke Yunnan, China. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SEBA Internasional 3.0 dan 4.0 (Global Edition) yang bertujuan memberi pendedahan global kepada pelajar melalui pengalaman antarabangsa serta memperkukuh kemahiran insaniah menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti luar negara.Menariknya, program ini turut melibatkan penyertaan dua alumni cemerlang UPM — Teacher Shirley (Alumni 2017) dan Dr. Morion (Alumni 2025) — yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai sumber inspirasi kepada para peserta sepanjang program berlangsung.

Kehadiran alumni bukan sahaja menyemarakkan semangat peserta, tetapi juga mengukuhkan hubungan erat antara alumni dan universiti. Ia selari dengan usaha Pusat Perhubungan Alumni UPM dalam menggerakkan jaringan alumni bagi menyokong pembangunan holistik mahasiswa dan institusi.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta. Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang antarabangsa dan memperkasa generasi mahasiswa UPM yang berdaya saing di peringkat global.
Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor