Program MEKAR Siri 19: Sambutan Perayaan Jubli Emas Kolej Pertanian Malaya 1974 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program MEKAR Siri 19: Sambutan Perayaan Jubli Emas Kolej Pertanian Malaya 1974

Program MEKAR Siri 19: Sambutan Perayaan Jubli Emas Kolej Pertanian Malaya 1974

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 4 OgosProgram MEKAR Siri 19: Sambutan Perayaan Jubli Emas Kolej Pertanian Malaya 1974 (KPM74) yang diadakan di Foyer Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM telah melabuhkan tirainya pada hari ini. 

Program yang diadakan selama dua hari bermula 3 Ogos 2024 yang dimulakan dengan Perlawanan Golf Amal bersama Alumni KPM 74 dan hari ini kemuncaknya dengan Majlis Hi-Tea. 

Majlis telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika cek RM50,000.00 hasil sumbangan yang dikumpulkan oleh Alumni KPM 74. Tuan Haji Zainal Abidin selaku wakil KPM 74 telah menyerahkan replika sumbangan kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, disaksikan oleh YBhg. Dato Raihan Sharif, Presiden Persatuan Alumni UPM. 

 

Dengan berlangsungnya simbolik penyerahan replika sumbangan ini, ini bermakna semangat ‘Berilmu Berbakti’ dan ‘We Love UPM’ terus segar dan megar di sanubari alumni UPM. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih alumni atas sumbangan yang diberikan. Sumbangan ini akan terus disalurkan kepada pelajar yang memerlukan dalam usaha untuk bersama-sama membantu pelajar yang cemerlang namun menghadapi kekangan kewangan dibantu dan dapat bergraduat bersama pelajar yang lain. 

Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:2:01:58~noCache