PROGRAM MEKAR SIRI 14: CHAPTER DIPLOMA SAINS DENGAN PENDIDIKAN 1973/1974 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PROGRAM MEKAR SIRI 14: CHAPTER DIPLOMA SAINS DENGAN PENDIDIKAN 1973/1974

PROGRAM MEKAR SIRI 14: CHAPTER DIPLOMA SAINS DENGAN PENDIDIKAN 1973/1974

Oleh: Suhadatul Fatonah Binti Jusip @ Yusop

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 21 September – Program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 14 telah diadakan di Dewan Putra Pusat Kokurikulum Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM. Siri kali ini adalah hasil kerjasama dengan eDU-PARK dan melibatkan 38 orang alumni Diploma Sains dengan Pendidikan kelas 1973/1974.

 

Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar disertai dengan ucapan daripada pengasas chapter kali ini, YM Raja Ahmad Shah dan pengerusi program, Puan Noorizan Mohammed. Penyampaian sijil penubuhan chapter kepada pengasas juga turut diadakan sekaligus dengan penyerahan sumbangan daripada alumni bernilai RM1600 menerusi sumbangan 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit yang diserahkan kepada ARCUPM.

 

 

Program kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas oleh AJK Program MEKAR berkenaan lawatan kampus sebelum para alumni bergerak ke Ladang 10. Di sini, para alumni berpeluang untuk melihat bagaimana UPM telah membangun dari segi pertanian yang mereka ketahui semasa tempoh pengajian mereka di UPM dahulu. Kumpulan kemudian bergerak ke Putra Mart di mana alumni dapat melihat dan membeli produk keluaran UPM yang berkualiti tinggi sebelum meneruskan lawatan ke Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Lawatan tersebut diakhiri dengan jelajah nostalgia ke tempat-tempat yang mengimbau kenangan para alumni seperti Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah.

 

YM Raja Ahmad Shah mengucapkan terima kasih dan penghargaan beliau kepada ARCUPM kerana telah membantu alumni Kelas 1973/1974 dalam menjayakan program tersebut dalam temubual bersama pihak ARCUPM. Beliau berkata, “Diharap lebih ramai alumni yang akan mengikuti program ini dan menyumbang kembali kepada UPM.”

 

Program MEKAR adalah sebuah program pertemuan semula kumpulan alumni UPM anjuran bersama alumni dan Pusat Perhubungan Alumni UPM. Siri 1 yang dilaksanakan pada Disember 2021 lalu masih diteruskan sehingga kini dengan kumpulan alumni yang berbeza latar belakang dan kerjaya. Program ini diharapkan dapat menjadi jambatan yang menghubungkan alumni dan UPM agar jalinan yang pernah terjalin tidak akan terputus setelah mereka menjejakkan kaki ke luar UPM.

 

Turut diadakan jualan barang-barang seperti topi, cawan, buku nota, dan botol air dari ARCUPM dan Koperasi UPM yang mendapat sambutan hangat daripada para alumni untuk mereka bawa pulang sebagai cenderamata. Program bersurai sekitar pukul 3 petang.

 

Tarikh Input: 22/09/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdAA2~