Serdang, 21 Mei 2025, Dengan penuh rasa syukur, Program Forum & Sejam Bersama Alumni (SEBA) 5.0 2025 telah berjaya dilangsungkan dengan meriah bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah menghimpunkan alumni dari pelbagai latar belakang dalam satu sesi yang penuh dengan pengisian bermakna, inspirasi serta memperkukuhkan jalinan ukhuwah sesama warga alumni UPM.

Antara pengisian utama program termasuk forum bertemakan “Dari Alumni ke Legacy” yang mengetengahkan perjalanan, sumbangan serta semangat yang dibawa oleh alumni dalam membina legasi kepada generasi akan datang. Forum ini turut diserikan dengan perkongsian bermanfaat oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Hj Mazlan Lazim yang memberikan pencerahan berkaitan isu semasa mengenai penipuan atau 'scam', satu topik yang amat relevan masa kini.

Selain itu, para hadirin juga berpeluang mengikuti diskusi istimewa bersama LAr. Amos Ng berkenaan aspirasi pembinaan Menara Jam Warisan Budi yang menjadi simbol penghargaan alumni terhadap universiti tercinta. Program turut diakhiri dengan sesi high tea yang berlangsung dalam suasana santai, penuh gelak tawa dan kenangan manis antara alumni yang hadir.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua alumni yang hadir, para panelis serta tetamu kehormat termasuk YBhg. Dato’ Raihan Sharif, YBhg. Datuk Sylvester Entri Muran, Dr. Ahmad Fareed Ismail, dan LAr. Amos Ng atas komitmen dan sokongan padu terhadap program ini. Penghargaan turut diberikan kepada pihak penganjur dan barisan sukarelawan yang bekerja keras di sebalik tabir menjayakan SEBA 5.0.Semoga semangat “Berilmu, Berbakti, Bersatu” terus menjadi nadi pergerakan alumni UPM dan program seperti ini dapat diteruskan demi memperkukuhkan jaringan, semangat dan nilai kebersamaan dalam kalangan alumni.

Tarikh Input: 29/05/2025 | Kemaskini: 29/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor