Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 5 November 2025 – Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) terus memperkukuh peranan dalam memperkasa jaringan dan kesejahteraan alumni melalui jalinan kerjasama strategik bersama EON Berhad.

Kerjasama ini bertujuan memberi manfaat langsung kepada alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), khususnya graduan baharu, dalam membantu mereka memulakan kehidupan pasca pengajian dengan lebih mudah dan selesa. Melalui kolaborasi ini, EON Berhad menawarkan diskaun serta promosi istimewa bagi pembelian kenderaan PROTON termasuk model Proton Saga, Iriz dan Persona, khas untuk alumni UPM.
Ketua Pegawai Operasi EON Berhad, Encik Hazwan Yahya, yang juga merupakan alumni UPM kelas 2001, berkata bahawa inisiatif ini bukan sekadar promosi komersial, tetapi merupakan tanda penghargaan terhadap universiti yang banyak melahirkan graduan berkaliber.

Majlis meet & greet sempena jalinan kerjasama ini turut dihadiri oleh Presiden PAUPM, Encik Mohd Norashedy Ab Rashid, Timbalan Presiden, Encik Shahrudin Mahadi, serta Setiausaha Agung PAUPM, Tuan Haji Mat Amin Jaafar. Turut hadir memberikan sokongan ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Alumni), Encik Mohamad Sabri Mohamad Salleh, dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Encik Fahmi Azar Mistar.

Kesimpulannya, kerjasama strategik antara PAUPM dan EON Berhad ini bukan sahaja membuka peluang manfaat kepada alumni, tetapi juga memperkukuh hubungan sinergi antara universiti, industri, dan komuniti alumni. Inisiatif ini menjadi simbol komitmen berterusan UPM dalam melahirkan graduan yang bukan sekadar berilmu, tetapi juga berbakti kepada masyarakat dan alma mater tercinta.
Tarikh Input: 07/11/2025 | Kemaskini: 07/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor