Program Cat Talk Di Bawah Alumni Community Tarik Minat Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program Cat Talk di bawah "Alumni Community" tarik minat alumni

Program Cat Talk di bawah "Alumni Community" tarik minat alumni

18 Jan 2020, UPM  - Pusat Alumni berjaya menganjurkan satu program di bawah Alumni Volunteer Ambassador sub kategori Alumni Community. Program yang bertajuk Cat Talk with Dr. Puteri Azaziah”. Dr. Puteri Azaziah merupakan alumni UPM, kelas 2005. Kini, beliau bekerja di Hospital Veterinar UPM. Program Cat Talk ini bertujuan memberi peluang kepada alumni untuk mempelajari tentang penjagaan dan keselamatan kucing peliharaan mereka. Pada program ini juga alumni turut berpeluang berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sokongan emosi sepanjang memelihara haiwan kesayangan mereka. 

  

Program ini berjaya mengumpulkan seramai 22 alumni dan menariknya mereka membawa kucing peliharaan untuk sesi pemeriksaan ringkas bersama Dr. Puteri Azaziah. Perkongsian ilmu ini sangat bermanfaat yang mana kebanyakkan peserta yang hadir mengutarakan pelbagai soalan kepada penceramah dan ia merupakan satu sesi perbincangan dua hala yang sangat memberi impak positif. Pusat Alumni berharap pelaksanaan program ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran terhadap kebajikan haiwan peliharaan dan tentunya ingin menggalakkan penglibatan dan penyertaan alumni kembali ke alma mater.

   

Tarikh Input: 18/02/2020 | Kemaskini: 18/02/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEXTAi~