PODCAST ALUMNI UPM TONJOL NILAI JATI DIRI & PEMBANGUNAN KOMUNITI | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » PODCAST ALUMNI UPM TONJOL NILAI JATI DIRI & PEMBANGUNAN KOMUNITI

PODCAST ALUMNI UPM TONJOL NILAI JATI DIRI & PEMBANGUNAN KOMUNITI

OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias

Tanjung Karang, 5 Ogos 2025 – Sesi Podcast Alumni UPM yang diadakan pada malam 5 Ogos 2025 telah menampilkan perbincangan penuh makna bertajuk “Kampung Angkat Madani: Menjunjung Nilai Jati Diri, Melestari Pembangunan Komuniti.”


Sesi ini membariskan dua alumni UPM yang juga merupakan Keluarga Angkat Tanjung Karang iaitu En. Hamzah Pandi (Alumni UPM 2000) dan isterinya, Pn. Zaleha Ibos (Alumni UPM 2008)

Kedua-duanya telah berkongsi pengalaman dan perjalanan mereka dalam membina komuniti melalui penerapan nilai kekeluargaan, semangat kebersamaan serta jati diri sebagai asas pembangunan masyarakat madani di peringkat akar umbi. Perkongsian tersebut membuka perspektif baharu tentang pentingnya penglibatan komuniti dalam menjayakan pembangunan berteraskan nilai.

Sesi yang berlangsung di Kg. Sawah Sempadan, Tanjung Karang ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung, alumni yang hadir serta warga UPM yang turut mengikuti secara langsung. Semangat yang ditunjukkan jelas mencerminkan falsafah alumni UPM iaitu “Berilmu Berbakti.”

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Diharapkan sesi sebegini akan terus menyemai rasa kebersamaan serta mengukuhkan usaha ke arah pembangunan komuniti yang harmoni, lestari dan berdaya tahan.

 

Tarikh Input: 21/08/2025 | Kemaskini: 21/08/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (12:18:03am-12:23:03am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]