OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias
Tanjung Karang, 6 Ogos 2025 – Podcast Alumni UPM yang berlangsung pada sesi pagi 6 Ogos telah membuka ruang wacana bermakna bertajuk “Alumni Berilmu Berbakti – Peranan & Cabaran”, membincangkan secara mendalam tentang peranan alumni dalam pembangunan universiti, komuniti dan negara, serta cabaran masa hadapan yang perlu ditangani.
Sesi ini menampilkan dua alumni hebat iaitu Tuan Awaluddin Zakaria (Alumni UPM 2000) – Yang Dipertua, Majlis Daerah Sabak Bernam. Beliau berkongsi pandangan yang amat bernilai mengenai peranan alumni dalam menyumbang kepada universiti dan masyarakat, sambil menekankan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi agar alumni terus kekal relevan dan aktif. Perjalanan kerjaya dan pencapaian beliau mencerminkan semangat Berilmu Berbakti yang menjadi inspirasi kepada para pelajar dan komuniti UPM.
Seterusnya, En. Noor Mohamad Shakil Hameed (Alumni UPM 2001 & 2011) – Timbalan Pengarah, Komunikasi Korporat, UPM. Dalam perkongsian beliau, turut disentuh tentang kepentingan alumni sebagai jambatan penghubung antara universiti dan masyarakat, serta cabaran yang perlu dihadapi dalam dunia hari ini. Kisah perjalanan dan kejayaan beliau menyerlahkan makna sebenar Berilmu Berbakti, sekali gus memberi dorongan dan teladan kepada warga UPM.
Sesi ini telah dikendalikan oleh En. Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, yang berjaya merancakkan perbincangan dengan penuh bersemangat.
Podcast ini bukan sahaja memberi ruang wacana, malah menyemarakkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Alumni UPM, serta mengajak semua alumni untuk terus kekal relevan, aktif, dan berbakti dalam pelbagai kapasiti demi universiti, komuniti dan negara.
Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 22/08/2025 | anishannani

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor