Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 22 November – Program PESKON 3KM Funwalk 2025 yang berlangsung hari ini melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan, warna-warni dan semangat kesukanan yang luar biasa. Acara ini yang menjadi sebahagian daripada sambutan Pesta Konvokesyen UPM (PESKON) 2025 telah berjaya menghimpunkan warga kampus dan komuniti setempat dalam suasana yang ceria dan mengujakan.

Ribuan penghargaan ditujukan kepada semua peserta, sukarelawan, petugas teknikal, urus setia serta rakan penaja yang telah menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan mereka menjadikan acara Funwalk ini lebih bermakna, penuh energi dan memberi impak positif kepada komuniti UPM.

Walaupun hanya sejauh 3 kilometer, Funwalk ini bukan sekadar aktiviti santai tetapi berperanan sebagai platform mengeratkan hubungan sesama peserta, menyemai gaya hidup sihat serta memupuk budaya kecergasan dalam kalangan masyarakat kampus. Program ini turut menambah kemeriahan sambutan PESKON 2025, sekaligus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti UPM.

Kesimpulannya, kejayaan penganjuran PESKON 3KM Funwalk 2025 membuktikan bahawa UPM terus komited dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan memperkukuh hubungan komuniti. Semangat dan penyertaan semua pihak telah menjadikan program ini satu kenangan manis buat warga UPM dan pastinya memberi inspirasi untuk penganjuran yang lebih meriah pada masa akan datang.
Tarikh Input: 24/11/2025 | Kemaskini: 24/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor