Pertemuan UPM International Chapter Bersama Timbalan Pengarah ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pertemuan UPM International Chapter Bersama Timbalan Pengarah ARCUPM

Pertemuan UPM International Chapter Bersama Timbalan Pengarah ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 1 Ogos - Satu pertemuan di Pusat Perhubungan Alumni daripada UPM International Alumni Chapter (UPMIAC) bersama Timbalan Pengarah ARCUPM yang juga merupakan salah seorang penasihat bagi chapter berkenaan. 

Dalam pertemuan singkat itu, pelbagai garis panduan dan idea diberikan dalam membawa chapter ini menjadi salah satu chapter yang dapat menghubungkan semula alumni-alumni antarabangsa UPM kepada alma mater. 

Menurut Fahmi, sudah tiba masanya untuk chapter antarabangsa memainkan peranan mereka dalam menjadi platform untuk alumni antarabangsa kembali berhubung dan seterusnya menyumbang kembali kepada alma mater yang telah banyak berbakti kepada mereka selama ini. 

Ini selari dengan penambahan jumlah alumni antarabangsa saban tahun dan kehadiran mereka ini sangat dialu-alukan sama ada dalam perkongsian kepakaran dan juga terus berhubung dalam segala bentuk program dan aktiviti. 

Diharapkan dengan adanya chapter ini, ia akan terus menjadi jambatan penghubung silaturahim antara UPM dan alumni UPM antarabangsa. 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbLAe~