Serdang, 24 Mei 2025, Pertandingan Golf sempena Hari Alumni UPM 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan di Kelab Golf UniPutra, hasil penganjuran bersama Persatuan Alumni UPM. Acara yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini telah berjaya menghimpunkan alumni UPM serta Sahabat Alumni UPM dari pelbagai latar belakang dan generasi. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menjalin kembali silaturahim, tetapi juga memperkukuh jaringan alumni dalam suasana yang santai dan harmoni.

Menggunakan format permainan Stableford System 36 Handicap of the Day, para peserta telah menunjukkan aksi permainan yang hebat dan penuh semangat. Keseluruhan acara berlangsung dengan lancar dan menyenangkan, memperlihatkan sokongan padu daripada komuniti alumni terhadap inisiatif yang memupuk semangat kebersamaan.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang pertandingan atas prestasi cemerlang mereka. Penghargaan setinggi-tingginya ditujukan kepada para penaja utama yang telah memberikan sokongan kepada penganjuran acara ini, termasuk Eskandar Global, Dato' Raihan, Dato' Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, Prof. Dr. Mohar Kassim, YAM Dato' DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail, dan Cameron Valley.Komitmen dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dalam penganjuran program-program alumni akan datang. Jumpa lagi di acara Alumni UPM yang seterusnya!

Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 30/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor