Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby

Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby

Oleh: Aidil Asyraaf Abdullah

Suntingan: Amanpreet Kaur Rajinder Singh

 

Serdang, 26 Oktober 2024 – Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby telah berlangsung dengan penuh semangat di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Kolej Sepuluh, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, dan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM.


Objektif utama program ini adalah untuk mengumpulkan alumni UPM dari pelbagai tahun dan memupuk hubungan antara mereka melalui aktiviti sukan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kekitaan dalam kalangan alumni dan pelajar, serta menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus memperkuatkan jaringan profesional.

Perlawanan Touch Rugby ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori pelajar dan alumni. Peserta-peserta yang terlibat mewakili kolej kediaman masing-masing. Sebanyak 112 peserta telah menyertai pertandingan ini dengan semangat kesukanan dan ukhuwah.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni dan  Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee serta En. Shahruddin Mahadi, pemilik Syarikat Baraplas, serta UPM. Kehadiran mereka menambahkan kemeriahan dan seri program ini.

Acara ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni. 

Diharapkan agar program ini memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti alumni UPM dan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu tradisi yang mengeratkan lagi hubungan di antara alumni dan pelajar.

Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (01:29:57pm-01:34:57pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]