PERJUMPAAN PERTAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN WAKIL KPM 73 BAGI PROGRAM MEKAR KPM73 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PERJUMPAAN PERTAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN WAKIL KPM 73 BAGI PROGRAM MEKAR KPM73

PERJUMPAAN PERTAMA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN WAKIL KPM 73 BAGI PROGRAM MEKAR KPM73

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 3 Jan – Perjumpaan pertama Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) bersama wakil dari Kolej Pertama Malaya 73 (KPM 73) telah berlangsung dalam suasana santai di bilik Mesyuarat Warisan Budi di ARCUPM. Pihak KPM 73 telah diwakili oleh Tuan Haji Muhamad Jusri Abdul Aziz bagi membincangkan perjalanan  program dan juga perkara-perkara yang penting berkaitan program Menggamit Kenangan Alumni Reunion (MEKAR), Sambutan Jubli Emas KPM 73.

Perjumpaan pertama ini adalah untuk mendapatkam sedikit sebanyak gambaran mengenai perjalanan program yang bakal diadakan pada 9 Julai 2023, bertempat di Astana Putra, UPM. Program sehari ini dijangka bakal menghimpun seramai mungkin alumni dan juga intake KPM 73 untuk sama-sama kembali menggamit memori 50 tahun dahulu dan sama-sama melihat kejayaan Universiti yang telah banyak menabur bukti dan jasa.

Dianggarkan lebih 100 orang alumni KPM 73 yang tidak pernah lupa menabur bakti dan jasa kepada UPM bakal kembali ke kampus hijau ini untuk bersama-sama melonjakkan lagi kejayaan Universiti dengan penglibatan alumni. Selaku wakil dari KPM 73, Tuan Haji Jusri telah sedikit gambaran perjalanan program dan mengambil kira kejayaan penganjuran Program MEKAR KPM 72 yang telah berlangsung dalam suasana meriah dan berjaya membawa membawa pulang sumbangan dalam jumlah yang besar kepada pembangunan UPM.

Bagi Jusri, program ini adalah satu platform terbaik buat masa ini untuk menghimpun seluruh alumni UPM terutamanya mereka dari Kolej Pertanian Malaya untuk sama-sama kembali berbakti. Sebelum ini mereka tiada tempat untuk dituju bagi berkumpul dalam suasana yang santai tetapi dapat membincangkan agenda yang lebih bermanfaat. Jadi penganjuran MEKAR dapat menghidupkan kembali ekosistem untuk alumni kembali ke kampus yang telah lama ditinggalkan dan seterusnya dapat menyumbang kepada Universiti.

ARCUPM sentiasa membuka jalan dan memberikan ruang dan peluang kepada mana-mana alumni yang ingin kembali menyumbang. Dengan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ diharapkan lebih banyak kerjasama dan program yang dapat dijalankan bersama alumni pada masa akan datang.

Tarikh Input: 03/01/2023 | Kemaskini: 05/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAs~