PERJUMPAAN PERTAMA CSA SESI 2023/2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PERJUMPAAN PERTAMA CSA SESI 2023/2024

PERJUMPAAN PERTAMA CSA SESI 2023/2024

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 12 Oktober - Perjumpaan pertama Chapter Student Ambassador (CSA) diadakan Bilik Mesyuarat Menara Jam Warisan Budi UPM, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Kehadiran pelajar disambut mesra oleh staf dan pegawai ARCUPM yang terlibat selaku fasilitator CSA. 

Perjumpaan pertama ini yang melibatkan pelajar tahun pertama sesi 2023/2024 dan juga pelajar senior yang masih melibatkan diri dalam kelab bawah naungan ARCUPM ini bagi memberi penerangan kepada pelajar baharu mengenai apa itu CSA dan juga manfaat apabila melibatkan diri dengan CSA. Selain itu, perjumpaan ini juga bagi memberi gambaran awal mengenai program dan aktiviti yang akan dilakukan dan memberi persediaan kepada para pelajar untuk melakukan persiapan daripada segi mental dan fizikal. 

Chapter Student Ambassador (CSA) adalah kelab yang ditubuhkan oleh ARCUPM bagi membina kemahiran komunikasi, kepimpinan serta kesukarelawan kepada pelajar terutama pelajar baharu. Kemahiran tersebut penting untuk melahirkan graduan yang berkualiti untuk negara, bangsa dan agama. Kelab ini juga mewujudkan hubungan rapat pelajar dengan alumni.

Turut menghadiri perjumpaan ini, Puan Aida Fitri, Penolong Pendaftar ARCUPM selaku Pegawai Pemantau CSA dan beberapa staf ARCUPM yang dilantik sebagai Fasilitator CSA. Puan Aida Fitri memberikan kata alu-aluan sebelum diserahkan kepada Encik Mohamad Norfarhan selaku Penyelaras CSA untuk ke agenda seterusnya.

Selain dari “Ice Breaking” sesama ahli dan fasilitator, pada perjumpaan ini juga turut melantik ahli jawatankuasa tertinggi di kalangan pelajar untuk mengendalikan CSA. Dengan pelantikan ini, dapat mencungkil bakat kepimpinan dan kesukarelawan dalam kalangan pelajar.

ARCUPM mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya menyertai kelab CSA. ARCUPM turut berharap pelajar dapat menjadi graduan yang berjaya serta alumni yang sentiasa kembali kepada alma mater setelah terlibat dengan program-program bersama alumni UPM.

Tarikh Input: 19/10/2023 | Kemaskini: 16/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbWAR~